
Daun kekabu (kapok fibres) yang dipilih adalah yang diambil terus dari para pekebun tempatan yang terdapat di sekitar negeri Kelantan yang kebanyakan mereka menanam secara kampung atau kecil-kecilan. Untuk memastikan bekalan sentiasa berterusan, para pekebun dibekalkan dengan khidmat nasihat kepakaran dan tunjuk ajar supaya membuat pembungkusan (packaging) dengan cermat apabila tiba musim menuai atau berbuah.
Begitu juga dengan pilihan kain sampul, dipilih dari pengilang tempatan (bukan dari Thailand- kainnya lebih licin) untuk menjamin kualiti dan keselesaan para pengguna.Kekabu yang berkualiti selalunya teksturnya lebih putih dan lebih ringan. (walaupun telah dijadikan bantal).
Hanya kekabu kelas pertama ini sahaja dibekalkan.
Contoh kain yang digunakan :
Setelah kain sampul bersesuaian dipilih, proses seterusnya ialah mengisi dan memadatkan kekabu tadi ke dalam sarung bantal. Proses terakhir ialah menjahit di sekitar ukur-lilit sampul tadi agar lebih tahan lama.